TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, membentangkan Belanjawan Negara 2023 yang antara lain bermatlamat membantu warga Singapura menangani kos sara hidup lebih tinggi di samping mempersiapkan mereka dalam era baru pascapandemik.
Beliau menyatakan kepentingan untuk mengambil "langkah tegas" bagi menjamin prospek Singapura dengan mengembangkan ekonomi, melengkapi pekerja dan mengukuhkan kompak sosial.





