AUCKLAND: Syarikat penerbangan Air New Zealand menyambung semula perkhidmatan ke semua lapangan terbang mulai Rabu setelah penerbangan terpaksa dihentikan apabila ribut tropika, Taufan Gabrielle, melanda utara negara itu.
Semasa taufan membadai, syarikat penerbangan itu membatalkan 821 penerbangan dan seramai 50,000 pelanggan antarabangsa terganggu perjalanan mereka dengan 6,500 tiket terpaksa ditempah semula.





