ANKARA: Gempa bumi dahsyat di Turkey akan mengekalkan kadar inflasi melebihi 40 peratus, menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada Jun ini, dan memerlukan belanjawan tambahan, kata seorang pegawai pemerintah dan empat ahli ekonomi.
Mereka meramalkan gempa pada 6 Februari itu, yang meragut lebih 43,000 jiwa, akan menelan kos ekonomi lebih AS$50 bilion ($67 bilion) selaras dengan unjuran ahli ekonomi lain.





