PERSEKUTUAN Silat Singapura (Persisi) telah membuat laporan polis terhadap pengarah kewangannya berhubung dakwaan ketidakteraturan dalam pembayaran gaji kepada beberapa jurulatih.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Persisi berkata pengarah kewangan berkenaan telah digantung daripada tugasnya.





