Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persisi buat aduan polis terhadap pengarah kewangan

Feb 26, 2023 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Silat Singapura (Persisi) telah membuat laporan polis terhadap pengarah kewangannya berhubung dakwaan ketidakteraturan dalam pembayaran gaji kepada beberapa jurulatih.



Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Persisi berkata pengarah kewangan berkenaan telah digantung daripada tugasnya.



Badan pentadbir sukan silat negara itu berkata: "Persisi akan bekerjasama penuh dengan pihak penguasa dalam siasatan mereka.



"Kami akan juga bekerjasama rapat dengan Majlis Sukan Singapura (SportSG) untuk mengurangkan kesan insiden ini pada jurulatih dan atlet dalam fraterniti silat."



Menurut Persisi, sokongan latihan dan pertandingan untuk pesilat Singapura akan diteruskan semasa tempoh ini.



"Di samping itu, kami akan mengambil peluang ini untuk menyemak proses dalaman kami dan mengukuhkan sistem itu.



"Memandangkan kes ini masih dalam siasatan, kami tidak dapat berkongsi butiran lanjut," tambah Persisi.



SportSG, dalam satu kenyataan pada Sabtu, menyifatkan kes itu sebagai "menimbulkan kebimbangan serius".



"SportSG baru-baru ini menerima maklum balas yang mendakwa terdapat ketidakteraturan dalam amalan kewangan Persisi.



"Selepas semakan kami, kami menemui maklumat yang menimbulkan kebimbangan serius.



"SportSG bertemu dengan jawatankuasa pengurusan Persisi untuk memaklumkan mereka tentang penemuan kami, dan kami difahamkan bahawa Persisi kemudiannya memfailkan laporan polis," kata seorang jurucakap agensi tersebut.



Jurucakap itu menambah ia akan bekerjasama dengan Persisi untuk memastikan latihan dan pertandingan pesilat negara tidak terjejas oleh kejadian itu. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >