WASHINGTON: Polis Capitol Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan ke atas Kongres pada masa hadapan, kata ketuanya kelmarin menjelang ulang tahun kedua serangan maut 6 Januari 2021, dan pembubaran panel kongres yang menyiasatnya.
"Ancaman iklim semasa, terutamanya terhadap pegawai yang dipilih, akan memerlukan kewaspadaan yang berterusan dan dipertingkatkan," kata Ketua Polis USCP, Encik Tom Manger, dalam satu...





