MOSCOW: Serangan bom Russia sepanjang malam kelmarin di timur Ukraine meragut sekurang-kurangnya satu nyawa, selepas Moscow menamatkan gencatan senjata dan bertekad terus menyerang jirannya sehingga menang.
Gabenor Kharkiv, Encik Oleh Synehubov, menerusi Telegram berkata, seorang lelaki berusia 50 tahun terkorban susulan serangan Russia di wilayah itu. Berita itu dimaklumkan beberapa minit selepas tengah malam di Moscow.





