Sering kali, kerja sukarela dilakukan secara senyap, di sebalik tabir dan jauh daripada perhatian orang lain.
Kadangkala, usaha relawan tersebut diiktiraf, seperti dalam kisah Encik Saifuddin Arif Zainal, 28 tahun, yang sudah lebih sedekad membantu warga emas, membimbing sukarelawan belia serta menjaga remaja lelaki di sebuah rumah kanak-kanak.




