SEKARANG bukan masanya untuk mengambil pinjaman hutang yang tinggi, terutama sekali bagi perkara yang bukan menjadi keperluan.
Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang menggesa masyarakat untuk terus berbelanja mengikut kemampuan mereka, lebih-lebih lagi dengan kadar inflasi yang dijangka terus meningkat.






