JOHOR BAHRU: Kemudahan e-gate di dua pintu masuk ke Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah dibuka kepada warga Singapura mulai semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pembukaan e-gate itu akan memberi manfaat kepada 30,000 hingga 50,000 warga Singapura...





