KUALA LUMPUR: Polis mencari pemandu sebuah kereta Proton Iriz bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu lain.
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menerusi kenyataan di Facebook berkata, satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).





