LULUSAN sekolah menengah baru-baru ini akan mengetahui sekolah mana mereka bakal ditempatkan pada 2 Februari ini, apabila keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) dikeluarkan. Keputusan latihan penempatan sekolah itu, di mana lulusan GCE peringkat 'O' ditempatkan mengikut pelbagai institut posmenengah seperti maktab rendah, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan dikeluarkan mulai 9 pagi, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan...






