Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keputusan JAE dikeluarkan pada 2 Feb

Jan 26, 2023 | 6:05 PM
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF -

LULUSAN sekolah menengah baru-baru ini akan mengetahui sekolah mana mereka bakal ditempatkan pada 2 Februari ini, apabila keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) dikeluarkan. Keputusan latihan penempatan sekolah itu, di mana lulusan GCE peringkat 'O' ditempatkan mengikut pelbagai institut posmenengah seperti maktab rendah, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan dikeluarkan mulai 9 pagi, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan pada Khamis (26 Jan). Pelajar boleh mendapat keputusan mereka melalui SMS atau laman web JAE, ujar MOE. Pada 12 Januari, kira-kira 23,684 pelajar menerima keputusan GCE peringkat 'O' mereka. Daripada jumlah itu, 23,625 - atau 99.8 peratus - meraih satu atau lebih kelulusan. Pelajar yang ditempatkan di maktab rendah atau Institut Millennia (MI) mesti melaporkan diri ke institusi masing-masing pada pagi Jumaat, 3 Februari. Pemohon harus melihat laman web sekolah baru mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti butiran laporan dan pembelian pakaian seragam, kata MOE. Mereka yang ditempatkan ke politeknik atau ITE akan menerima e-mel atau pakej melalui mel mengenai butiran pendaftaran pada akhir Februari. Pelajar yang ingin membuat rayuan pertukaran ke maktab rendah lain harus menghubungi sekolah secara langsung, manakala mereka yang ingin bertukar antara politeknik atau ITE perlu menggunakan portal rayuan dalam talian. Mereka yang tidak ditempatkan ke mana-mana kursus juga digalak mengemukakan rayuan melalui portal sama, tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg