Lebih daripada 500 laporan telah diterima dengan lebih 90 peratus kes yang layak diterima berjaya diselesaikan sejak Suruhanjaya Keselamatan Dalam Talian (OSC) ditubuhkan pada 29 Jun.
Hampir seperlima laporan yang layak diterima melibatkan mangsa berusia 18 tahun ke bawah, dengan yang paling muda berusia tujuh tahun akibat dedah maya atau ‘doxing’, kata OSC pada 22 September.





