KUANTAN: Keselamatan cerun dan kawasan tanah tinggi di sepanjang sempadan Pahang-Selangor akan menjadi antara tumpuan kerjasama antara kedua-dua negeri, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Kedua-dua negeri bersetuju untuk membawa perkara itu kepada perhatian Kerajaan Persekutuan, termasuk menubuhkan Majlis Cerun Negara, katanya pada sidang media bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, selepas menghadiri mesyuarat...






