PARIS: Rafael Nadal menunjukkan sekali lagi mengapa beliau disifatkan sebagai pemain terhebat dalam sejarah Terbuka Perancis selepas beliau menewaskan seteru 'lama' Novak Djokovic dalam pertarungan maraton untuk melangkah ke separuh akhir perseorangan lelaki.
Nadal, yang memburu kejuaraan ke-14, memulakan perlawanan dengan hebat dan mengekalkan prestasi untuk menewaskan Djokovic, yang juga merupakan juara bertahan, 6-2 4-6 6-2 7-6 (7-4) di Roland...





