Ukuran sebenar inovasi kecerdasan buatan (AI) bukanlah sejauh manakah hebatnya model-modelnya, tetapi sama ada teknologi itu meningkatkan mutu hidup orang ramai, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, pada 22 September.
Beliau menggariskan pendekatan Singapura terhadap pembangunan dan penerimaan AI pada satu platform Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).




