WASHINGTON DC: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke atas rakan sekerjanya di sebuah kilang pengeluaran di utara Maryland kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan menyebabkan kecederaan teruk ke atas mangsa keempat sebelum diberkas selepas tembak-menembak dengan polis.
Lelaki 23 tahun itu, yang belum dikenal pasti oleh polis, dilaporkan cedera selepas berbalas tembak dengan seorang anggota polis Maryland semasa cuba melarikan...





