ISLAMABAD: Pakistan menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi perhatian serius terhadap kenyataan dua pemimpin dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad, saw baru-baru ini.
Menteri Luar Pakistan, Encik Bilawal Bhutto Zardari, yang bercakap dengan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Encik Abdulla Shahid, melalui telefon dan menyebut mengenai kenyataan menghina dan menyinggung yang dilakukan oleh...





