Dua pekerja maut selepas terjatuh ke laut ketika mengalihkan kargo di Pelabuhan Tuas pada pagi 22 September.
Dalam jawapan kepada pertanyaan media pada 23 September, seorang jurucakap PSA Singapura, yang mengendalikan pelabuhan tersebut, berkata kejadian itu berlaku pada sekitar 8.40 pagi ketika pekerja-pekerja tersebut sedang melakukan kerja pemunggahan atau ‘stevedoring’.




