Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Khoo Poay Tiong (bawah, berbaju putih) mengangkat bendera Pakatan Harapan (PH) yang pernah digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, untuk digunakan pada PRN Melaka ke-16, tidak lama lagi.
MalaysiaSep 24, 2026 | 3:24 PM

PH ambil langkah jimat, guna semula bendera untuk PRN Melaka

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) memilih untuk mengitar semula kira-kira 10,000 bendera yang digunakan sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan untuk kempen PRN Melaka ke-16, tidak lama lagi.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Melaka, Encik Khoo Poay Tiong, berkata tindakan menggunakan semula bendera berkenaan bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran.

PSLE, Syed Harun, pek prihatin, dr syed harun alhabsyi, nee soon
SingapuraSep 24, 2026 | 5:09 PM

Syed Harun agih pek prihatin, suntik semangat murid duduki PSLE

Di ambang Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi, bersama sukarelawan akar umbi GRC Nee Soon turun padang dari rumah ke rumah bagi menyuntik semangat kepada murid Darjah 6 di kawasan tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook yang dimuat naik pada 23 September, Dr Syed Harun, yang juga Anggota Parlimen (AP)...

Srisun Express, yang ditubuhkan pada 2014, mempunyai lima cawangan di serata Singapura – iaitu di Serangoon Gardens, Hougang, Bishan, Tampines dan Bukit Batok.
SingapuraSep 24, 2026 | 5:07 PM

Rangkaian kedai roti perata Srisun Express berdepan tuduhan gagal bayar CPF pekerja

Pengendali rangkaian kedai roti perata Srisun Express Food Holding dihadapkan ke mahkamah pada 23 September atas kesalahan gagal membayar caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pekerjanya.

Mahkamah Negara dimaklumkan bahawa syarikat berkenaan mempunyai tunggakan caruman CPF berjumlah kira-kira $30,000.

Zapin, Tarian Melayu, Unesco
SingapuraSep 24, 2026 | 5:00 PM

Tarian Zapin bakal dicalon bagi Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Unesco

Singapura akan menyertai Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia untuk bersama-sama mencalonkan tarian tradisional Zapin bagi disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) Kemanusiaan, yang diusahakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), umum Lembaga Warisan Negara (NHB) pada 24 September.

Senarai tersebut mengiktirafkan pelbagai amalan, ilmu dan kemahiran dari seluruh dunia, selain bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan...

Perikatan Nasional (PN) digantung oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkuat kuasa 23 September.
MalaysiaSep 24, 2026 | 4:51 PM

Kegiatan PN digantung jelang PRN Melaka berikutan aduan Bersatu

Ketika Perikatan Nasional (PN) sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, kegiatan gabungan politik itu digantung sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkuat kuasa 23 September.

Tindakan penggantungan itu dibuat RoS berikutan aduan yang dikemukakan oleh satu komponen gabungan pembangkang itu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), antaranya berkait kedudukan parti itu dalam PN.

Seekor anak okapi jantan dilahirkan pada 27 Julai kepada Kisala dan Xandor, yang pertama kali menjadi induk.
SingapuraSep 24, 2026 | 4:29 PM

Anak okapi pertama di Asia Tenggara lahir di Rainforest Wild Adventure

Rainforest Wild Adventure menyambut kelahiran anak okapi, atau zirafah hutan, yang pertama dilahirkan di Asia Tenggara pada 27 Julai.

Mandai Wildlife Group (MWG) berkata pada 24 September bahawa anak jantan itu kini seberat 48 kilogram (kg), lebih seganda berat lahirnya. Anak okapi itu ialah cahaya mata pertama Kisala, tujuh tahun, dan Xandor, empat tahun.

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video

[OMGxBH] Apabila orang dewasa cuba kertas matematik PSLE...
Play Video

Dahulu pelanggan beratur di luar kedai, kini niaga ‘bombolini’ di TikTok Live
Play Video