Singapura sedang mempertimbangkan untuk menyokong pembangunan dan pengeluaran vaksin influenza mRNA baharu di sini.
Langkah itu akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara ini dalam menghadapi pandemik dengan ketara dan menjadi kunci untuk membantu Singapura mengharungi wabak seterusnya, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




