Jaguh dayung negara dan atlet Olimpik dua kali, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa’ee, telah selamat melahirkan bayi sulungnya, Asher Sahil Zuckerman, di Hospital Brigham and Women’s, di Boston, Amerika Syarikat, pada 29 Ogos.
Aisyah, 38 tahun, kini menggalas gelaran baharu sebagai seorang ibu – satu perjalanan yang menurutnya ditempuh dengan ketabahan dan disiplin sama seperti ketika membuat persiapan menghadapi perlumbaan Olimpik.




