SINGAPURA akan menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2029, umum Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore (SportSG) dalam satu kenyataan bersama semalam.
Anggota Persekutuan Sukan SEA menerima usulan Singapura untuk menganjurkan acara sukan serantau itu dalam satu mesyuarat di Hanoi, ujar mereka.






