Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura hos Sukan SEA 2029

May 13, 2022 | 5:30 AM
4c53fb23-6aa4-4909-a13d-4f8d04bfe157
-

SINGAPURA akan menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2029, umum Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore (SportSG) dalam satu kenyataan bersama semalam.

Anggota Persekutuan Sukan SEA menerima usulan Singapura untuk menganjurkan acara sukan serantau itu dalam satu mesyuarat di Hanoi, ujar mereka.

Singapura menganjurkan Sukan SEA edisi 1973, 1983, 1993 dan 2015.

Edisi ke-35 kelak adalah yang kelima temasya sukan dwitahunan itu diadakan di Singapura.

Turut diumumkan semalam bahawa Malaysia dipilih menjadi tuan rumah edisi ke-34 pada 2027.

Edisi ke-32 akan diadakan di Kemboja dan yang ke-33 di Thailand.

President SNOC, Encik Tan Chuan Jin, yang kini berada di Vietnam, berkata: "Kami berbesar hati menjadi tuan rumah bagi acara sukan berprestij ini. Sukan SEA memberi kenangan dan pengalaman istimewa bagi Singapura dan kepada jiran-jiran kami di Asia Tenggara."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg