PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun, mulai hari ini hingga 27 Mei sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia yang ke-27 yang dianjurkan Nikkei Inc.
Semasa kunjungan itu, PM Lee akan bertemu Perdana Menteri Jepun, Encik Kishida Fumio, serta pemimpin politik dan perniagaan lain di Jepun.





