Jalan Gelang Patah (J4) sepanjang lima kilometer itu sedang diperluas daripada dua lorong kepada empat lorong dua hala.
MalaysiaSep 28, 2026 | 2:59 PM

Naik taraf Jalan Gelang Patah ke CIQ capai 56.2%

JOHOR BAHRU: Projek menaik taraf Jalan Gelang Patah (J4), yang menghubungkan persimpangan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Gelang Patah dengan persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Tanjung Pelepas, mencapai kemajuan fizikal 56.2 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata laluan sepanjang lima kilometer itu sedang diperluas daripada dua lorong kepada empat lorong...

Enam individu yang didakwa atas penglibatan mereka dalam perhimpunan awam tanpa kebenaran ialah (dari kiri) Kirsten Han Li Ying, Jeanne-Marie Ten Leu Jiun, Lim Kay Siu, Winifred Neo Swee Lin, Annamalai Kokila Parvathi dan Howe Wen Khong.
SingapuraSep 28, 2026 | 4:51 PM

6 didakwa kerana sertai perhimpunan haram di Penjara Changi, Mahkamah Negara

Enam individu dibawa ke mahkamah pada 28 September dan didakwa atas penglibatan mereka dalam perhimpunan dan perarakan awam tanpa kebenaran.

Sebelum ini, sebilangan daripada mereka pernah disiasat atas kesalahan serupa.

bola sepak, tempat letak kereta, brahmasta adipradana, wheretopark.sg
Mata-mataSep 28, 2026 | 4:45 PM

Susah cari tempat letak kenderaan ketika anak main bola cetus idea bina laman sendiri

Setiap Ahad, Encik Brahmasta Adipradana bukan sahaja perlu memastikan anak lelakinya yang berusia 13 tahun bersedia untuk perlawanan bola sepak, malah perlu memikirkan satu lagi perkara – di mana hendak meletakkan kereta.

Menurutnya, beberapa ibu bapa lain juga berdepan cabaran mencari tempat letak kenderaan apabila menghantar anak mereka menyertai perlawanan Liga Belia Singapura (SYL) di padang sekolah menengah merata Singapura...

Watak-watak seram HHN14 membuat kemunculan dalam persembahan Scaremony, yang mengisahkan sekumpulan pencipta kandungan yang secara tidak sengaja melepaskan kuasa jahat selepas memecah masuk ke sebuah gudang terbiar.
Gaya hidupSep 28, 2026 | 4:45 PM

Rumah hantu di USS: Seram hingga hampir mahu menyerah

Belum sempat menarik nafas lega, kami sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan watak seram secara tiba-tiba di hadapan kami.

Begitulah pengalaman saya bersama pasukan wartawan Berita Harian (BH) ketika mengunjungi Universal Studios Singapore (USS) untuk merasai sendiri pengalaman Halloween Horror Nights 14 (HHN14).

Loh Kean Yew beraksi menentang Yoo Tae-bin dari Korea Selatan dalam separuh akhir perseorangan lelaki badminton Sukan Asia di Gymnasium Ichinomiya City Municipal pada 28 September.
SukanSep 28, 2026 | 4:22 PM

Loh jadi warga S’pura pertama ke final badminton

NAGOYA (Jepun): Perjalanan bersejarah Loh Kean Yew di Sukan Asia berterusan apabila beliau menjadi warga Singapura pertama mara ke final badminton pada temasya itu selepas menewaskan pemain Korea Selatan, Yoo Tae-bin, 21-19, 19-21, 21-12 dalam separuh akhir perseorangan lelaki pada 28 September.

Pada 29 September, Loh, 29 tahun, akan berdepan pemain nombor dua dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, yang sebelum...

GAMBAR FAIL: Runtuhan salji berlaku berhampiran puncak Gunung Thamserku, di timur Namche Bazaar, Nepal pada 28 April. Foto fail menggambarkan ancaman runtuhan salji di kawasan pergunungan Nepal, susulan kejadian terbaru di Gunung Himlung Himal pada 27 September 2026 yang meragut dua nyawa dan menyebabkan 14 lagi hilang.
DuniaSep 28, 2026 | 4:18 PM

Dua maut, 14 hilang akibat runtuhan salji di Nepal, operasi mencari terjejas cuaca buruk

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 14 lagi masih hilang selepas runtuhan salji melanda kem induk Gunung Himlung Himal di Nepal pada 27 September, ketika cuaca buruk menyukarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan Himalaya itu.

Kejadian berlaku pada awal pagi 27 September di gunung setinggi 7,126 meter yang terletak di daerah Manang, berhampiran sempadan Nepal dengan Tibet, menyebabkan...

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video