PELAN pembangunan semula Masjid Khadijah dan peluasan Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) akan membolehkan Singapura mengukuhkan daya tahan sosial dan usaha pendekatannya untuk menghapuskan ideologi ganas dan ekstremis dalam masyarakat.
Demikian kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sambil menambah bahawa kerja-kerja pembangunan semula itu berada di landasan yang betul.





