Berdepan dengan ‘pasang surut’ dalam kerjayanya, penyanyi Malaysia, Mimifly atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, pernah juga melalui fasa apabila keupayaannya sebagai penyanyi pernah dipersoalkan.
Hal itu termasuk tanggapan bahawa beliau sudah terlalu berusia dan tidak lagi relevan untuk meneruskan kerjaya dalam industri muzik.




