Singapura mencatat pencapaian terbaiknya dalam sejarah penyertaan dalam pertandingan kemahiran WorldSkills dengan meraih 27 pingat dalam pertandingan di Shanghai, China, dari 22 hingga 27 September.
Pertandingan WorldSkills ke-48 itu, yang merupakan pertandingan kemahiran terbesar di dunia, menghimpunkan lebih 1,400 peserta dari lebih 70 negara dan wilayah untuk bertanding dalam 64 bidang kemahiran.




