kartel umrah
DuniaSep 29, 2026 | 2:43 PM

Prabowo arah audit forensik dana haji, hapuskan kartel dan ‘mafia’ umrah

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, mengarahkan audit forensik menyeluruh terhadap pengurusan dana haji negara itu bagi memastikan ketelusan kewangan, selain mahu membanteras kegiatan kartel dan sindiket ‘mafia’ yang didakwa mengambil kesempatan terhadap bakal jemaah haji dan umrah.

Arahan tersebut disampaikan kepada Menteri Haji dan Umrah, Encik Mochamad Irfan Yusuf, serta Timbalannya, Encik Dahnil Anzar Simanjuntak, dalam pertemuan di Istana...

currently affected by floods in Thailand after an intense weather
Seorang lelaki meredah air banjir di daerah Bang Kapi, Bangkok, pada 28 September 2026. Banjir akibat hujan lebat yang melanda Thailand sejak pertengahan September telah meragut 23 nyawa, termasuk empat di Bangkok, dengan kira-kira 700,000 penduduk ibu kota itu terjejas.
DuniaSep 29, 2026 | 4:33 PM

Banjir di Thailand ragut 23 nyawa, 700,000 penduduk Bangkok terjejas

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 23 orang terkorban akibat banjir yang melanda Thailand sejak pertengahan September, termasuk empat di Bangkok, selepas hujan lebat berterusan menyebabkan banjir besar di ibu kota itu.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) pada 29 September memaklumkan bahawa kira-kira 700,000 penduduk Bangkok terjejas, manakala banjir turut melanda 29 daripada 77 wilayah di seluruh negara.

Wakil Tetap Singapura ke Pejabat PBB di Geneva, Encik Jaya Ratnam, menyampaikan kenyataan negara semasa penerimaan dapatan Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 28 September.
SingapuraSep 29, 2026 | 4:26 PM

S’pura sokong 71% cadangan hak asasi manusia diusul negara anggota PBB

Singapura menyokong 243, atau 71 peratus, daripada keseluruhan 342 cadangan yang dikemukakan oleh negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi satu semakan berkala terhadap rekod hak asasi manusia di negara ini.

Cadangan yang disokong oleh Singapura dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) dan diterima pada 28 September merangkumi pemerkasaan wanita serta peningkatan perlindungan bagi golongan masyarakat tertentu seperti golongan kurang upaya,...

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu (dua dari kanan), dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Cik Goh Hanyan (kanan), melihat model ladang DoMo pada 29 September.
SingapuraSep 29, 2026 | 4:09 PM

Ladang telur keempat S’pura bekal telur Jepun mula binaan selepas empat tahun tertangguh

Ladang telur keempat Singapura, yang pada asalnya dijadualkan mula beroperasi pada 2024, kini akan memulakan pengeluaran pada 2028.

DoMo Farm ingin membawa telur bergred Jepun – yang mempunyai kuning telur berwarna jingga tua dan selamat dimakan mentah – kepada pengguna Singapura menjelang tahun tersebut.

Orang Laut SG, warisan Orang Laut, pusat pembelajaran budaya
SingapuraSep 29, 2026 | 3:11 PM

Orang Laut SG mahu warisan terus hidup di luar muzium

Ketika menubuhkan gerakan warisan Orang Laut SG pada 2020, antara cabaran utama yang dihadapi Encik Firdaus Sani adalah untuk mengetengahkan sejarah dan warisan Orang Laut kepada masyarakat.

Pengasas Orang Laut SG itu berkata usaha tersebut turut melibatkan soal memastikan pengetahuan dan amalan masyarakat itu tidak terhakis ditelan zaman.

jongkong, Orang Laut, Galeri Sejarah Singapura
SingapuraSep 29, 2026 | 3:00 PM

Galeri Sejarah SG dibuka semula 10 Okt, papar jongkong Orang Laut

Warisan masyarakat Orang Laut yang berkait rapat dengan kehidupan di laut bakal diketengahkan menerusi seni pemasangan jongkong di Galeri Sejarah Singapura yang bertempat di Muzium Negara Singapura sekitar 93 Stamford Road.

Galeri itu bakal dibuka semula secara rasmi pada 10 Oktober, selepas melalui rombakan besar buat julung-julung kalinya sejak 2006.

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video