Bayangkan robot manusia, atau humanoid, berkuasa kecerdasan buatan (AI) menggantikan pakar Pasukan Bahan Berbahaya (Hazmat) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bagi menangani tumpahan bahan kimia.
Atau bagaimana ia menjalankan pemeriksaan rutin sel untuk mencari bahan seludup supaya pegawai penjara boleh menumpukan perhatian kepada pendampingan dan pemulihan banduan.




