Perniagaan makanan dan minuman (F&B) setempat yang terdedah kepada kesan jerebu masih meneruskan operasi seperti biasa, namun telah memperkukuh langkah penyesuaian sekiranya mutu udara terus merosot.
Bahkan, beberapa peniaga telahpun menyaksikan jumlah pelanggan yang makan di premis susut, malah ada yang mencatatkan kemerosotan sehingga 50 peratus pada September.





