ABU DHABI: Pihak berkuasa Amiriah Arab Bersatu (UAE) sedang menyiasat motif seorang pembantu juruterbang yang didakwa menikam kapten pesawat Flydubai dalam penerbangan dari Dubai ke Tel Aviv, sehingga mencetuskan kecemasan di udara sebelum pesawat itu selamat mendarat di Arab Saudi.
Siasatan kini tertumpu kepada sama ada kejadian pada 30 September itu mempunyai kaitan dengan pengganasan, selepas penumpang dan anak kapal...





