SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil langkah segera memperbaiki khidmat pengangkutan bas ulang-alik bagi memastikan kelancaran perjalanan orang ramai pergi dan pulang dari litar sempena Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain, bermula 3 Oktober.
Masalah pengangkutan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat yang hadir menyaksikan pusingan perlumbaan latihan Formula Satu (F1) selepas mereka mendakwa terpaksa menunggu lama...





