SANAA: Pemerintah Yaman yang disokong Arab Saudi pada 4 Oktober mengumumkan kempen ketenteraan besar-besaran terhadap kumpulan Houthi, sekali gus membuka kemungkinan medan perang baru ketika konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran semakin meluas di Timur Tengah.
Ketua pemerintah Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, Encik Rashad al-Alimi, berkata angkatan bersenjatanya akan berusaha merampas semula wilayah yang jatuh ke tangan Houthi...





