SINGAPURA akan terus memantau krisis di Ukraine serta kesannya ke atas ekonomi Singapura, dan jika perlu, akan memperkenalkan langkah tambahan untuk menyokong warga Singapura dan perniagaan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.
Dengan pelbagai negara kini mengenakan sekatan ke atas Russia dan adanya gangguan terhadap bekalan, harga tenaga global dan produk lain dijangka meningkat dalam minggu-minggu akan...





