Parlimen telah meluluskan tiga usul pada 6 Oktober untuk menetapkan gaji Presiden, Speaker Parlimen dan Timbalan Speaker berdasarkan garis panduan baharu yang diterima oleh pemerintah pada September.
Usul-usul tersebut, yang dikemukakan oleh Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, diluluskan sebulat suara oleh Dewan tanpa sebarang perbahasan, serupa dengan perbahasan terdahulu mengenai gaji menteri yang diadakan pada 2012.





