NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, menggesa gencatan senjata di Gaza dikekalkan serta menuntut bantuan kemanusiaan disalurkan secara besar-besaran dan undang-undang antarabangsa dihormati.
Gesaan itu dibuat menjelang ulang tahun ketiga serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 yang mencetuskan perang di Gaza dan kemudian merebak menjadi konflik lebih luas di Timur Tengah.




