SEBUAH biasiswa sarjana muda baru telah dilancarkan bagi pelajar Melayu Singapura yang berminat menceburi kerjaya dalam industri kewangan.
Biasiswa Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) - Yayasan Mendaki itu merangkumi yuran tuisyen bagi kebanyakan program ijazah sarjana muda di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU).





