PALANG Merah Singapura (SRC) akan menghantar bantuan bernilai $2.4 juta ke Ukraine dan enam negara jirannya, dalam tahap kedua bantuan untuk membantu lebih dua juta rakyat Ukraine yang terjejas akibat krisis pelarian ekoran perang di negara itu.
Dana $2.4 juta itu akan diagihkan kepada masyarakat yang terjejas oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah; Persatuan Kebangsaan Palang...





