WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu yang lain memperhebatkan tekanan ekonomi ke atas Russia, dengan melucutkan Moscow daripada menerima layanan istimewa perdagangan dan ekonomi kerana menyerang Ukraine sedang Russia mengatur semula strategi untuk menawan Kyiv, ibu kota Ukraine.
Presiden AS, Encik Joe Biden, berkata tindakan baru itu secara kolektif akan menggoyahkan lagi ekonomi Russia yang sudah dibelenggu...





