Kementerian Pendidikan (MOE) memutuskan untuk berlandaskan perubahan sistem pendaftaran Darjah 1 dengan perkadaran perumahan awam kerana ia lebih mudah dilaksana, kata Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee.
Di samping itu, ia turut memberikan tahap kepastian yang lebih tinggi kepada ibu bapa memandangkan demografi perumahan tidak kerap berubah.




