Ye Kung, ambulans, warga emas, Harmony Village @ Bukit Batok
SingapuraOct 7, 2026 | 5:49 PM

Isu butang kecemasan: MOH siasat kelemahan respons flat warga emas

Kementerian Kesihatan (MOH) telah meminta Vanguard Healthcare, pengendali kemudahan perumahan awam berkonsepkan kehidupan dibantu pertama di Singapura, agar mengenal pasti punca masalah selepas seorang wanita berusia 85 tahun menekan butang panggilan kecemasan namun tiada bantuan tiba.

Wanita itu terjatuh di bilik mandi dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggulnya pada 2 September.

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam
SingapuraOct 7, 2026 | 7:28 PM

Tiada perintah Pofma bagi laporan akhbar ‘Haaretz’ dakwa perbincangan hukuman mati di S’pura

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tidak mengeluarkan perintah pembetulan ke atas akhbar Israel, Haaretz, walaupun laporannya mengandungi dakwaan palsu mengenai perbincangan hukuman mati di Singapura kerana syarat bagi mengeluarkan perintah tersebut tidak dipenuhi, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam.

Sebaliknya, MHA telah mengeluarkan respons awam untuk menafikan dakwaan akhbar tersebut, kata beliau.

Pemandu Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen, meraikan kejayaannya di atas podium selepas menjuarai Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang pada 4 Oktober.
SukanOct 7, 2026 | 7:02 PM

Kebangkitan Verstappen bakal diuji di GP S’pura dengan cuaca panas, lembap 

Kebangkitan semula Max Verstappen bakal berdepan ujian getir dalam Grand Prix (GP) Singapura hujung minggu ini, yang terletak sekitar 300 kilometer ke selatan dari lokasi perlumbaan sebelum ini di Sepang.

Pemandu Red Bull itu dijangka perlu berdepan faktor cuaca mencabar serta rekod peribadi beliau yang kurang memuaskan di Litar Marina Bay.

‘Complaint Singapore’ adalah satu kumpulan di Facebook bagi maklum balas dan luahan orang awam tentang pengalaman buruk, perkhidmatan yang tidak memuaskan, dan aduan harian.
SingapuraOct 7, 2026 | 6:14 PM

Mangsa bahaya dalam talian tertekan selepas gambar diri dalam MRT tular, terima sokongan pusat bantuan

Selepas gambar J (bukan nama sebenar), 32 tahun, yang dilihat mengenakan seluar pendek dan baju singkat dalam MRT dimuat naik ke kumpulan Facebook ‘Complaint Singapore’ meraih ratusan ribu tontonan dan komen kurang sensitif, beliau mula rasa tertekan sehingga menjejaskan tumpuannya kepada kerja.

Gambar itu, yang kali pertama dimuat naik pada Ogos 2024 dan sekali lagi pada Ogos 2025, menjadi tular...

pemegang jawatan politik, bonus, Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam,  Chan Chun Sing,
SingapuraOct 7, 2026 | 5:56 PM

Pemegang jawatan politik terima bonus prestasi 2.5 hingga 6 bulan gaji antara 2016 dengan 2025

Bonus prestasi individu yang diberikan kepada pemegang jawatan politik berada dalam lingkungan antara dua bulan setengah dengan enam bulan gaji bagi tempoh 2016 hingga 2025.

Demikian kata Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.

pengetua sekolah, Kementerian Pendidikan, pelantikan, pengetua
SingapuraOct 7, 2026 | 5:42 PM

49 sekolah bakal terima pengetua baharu, 13 dilantik kali pertama

Sebanyak 49 sekolah akan mendapat pengetua baharu pada 2027 menyusuli rombakan tahunan, termasuk 13 pegawai pendidikan yang akan menyandang jawatan tersebut buat kali pertama.

Daripada 49 pengetua yang dilantik itu, tujuh daripadanya sedang berkhidmat di ibu pejabat Kementerian Pendidikan (MOE).

Integrasi AI, kekal relevan sebagai media dipercayai antara hala tuju SPH Media
Play Video

SPH Media kekal komited sedia sumber sokong akhbar bahasa ibunda
Play Video

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video