Agensi pemerintah tidak menerima laporan mengenai sistem mereka diserang oleh ejen kecerdasan buatan (AI) yang bertindak tanpa pengawasan, dedah Menteri Pembangunan Digital dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 6 Oktober.
Namun, syarikat tidak seharusnya sekadar menunggu untuk dimaklumkan mengenai risiko dan pelanggaran keselamatan, demikian pula kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital),...





