HARGA sijil Hak Milik Kenderaan (COE) semalam meningkat merentas semua kategori kecuali motosikal, yang turun selepas langkah baru diperkenalkan 14 Mac lalu.
COE bagi motosikal, berakhir lebih rendah sedikit pada $10,501 - turun 7.9 peratus daripada $11,400 yang dilihat pada bidaan sebelumnya.






