Topik diikuti
Pergi ke BHkuHarga semua COE kecuali motosikal naik

TERSADAI DI JALAN RAYA: Dalam gambar yang disiarkan di 'Beh Chia Lor' - laman Facebook Jalan Raya Singapura - 13 daripada kenderaan itu boleh dilihat tersadai di lorong paling kanan jalan. Satu kenderaan itu pula dilihat di lorong tengah. - Foto BEH CHIA LOR - SINGAPORE ROAD
Mar 24, 2022 | 5:30 AM
Harga semua COE kecuali motosikal naik
HARGA sijil Hak Milik Kenderaan (COE) semalam meningkat merentas semua kategori kecuali motosikal, yang turun selepas langkah baru diperkenalkan 14 Mac lalu.
COE bagi motosikal, berakhir lebih rendah sedikit pada $10,501 - turun 7.9 peratus daripada $11,400 yang dilihat pada bidaan sebelumnya.
Bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp, premium COE naik 4.5 peratus kepada $71,556. Premium COE untuk kereta dengan enjin lebih besar meningkat sebanyak 4.2 peratus $98,889 lapor The Straits Times.