PADA 1987, mendiang Encik J.B. Jeyaratnam diberi denda maksimum sebanyak $1,000 kerana menyalah gunakan hak istimewa Parlimen dengan membuat tuduhan tidak berasas secara berulang-ulang di Parlimen dan sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS).
Ini berkaitan ucapan yang dilakukan sewaktu lima kejadian di dalam Dewan dan di hadapan jawatankuasa yang mendakwa campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman dan dua kejadian yang mendakwa...






