Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1987: J.B. Jeyaratnam didenda $1,000 kerana salah guna hak istimewa Parlimen

Feb 11, 2022 | 5:30 AM
MENDIANG ENCIK J.B. JEYARATNAM
MENDIANG ENCIK J.B. JEYARATNAM -

PADA 1987, mendiang Encik J.B. Jeyaratnam diberi denda maksimum sebanyak $1,000 kerana menyalah gunakan hak istimewa Parlimen dengan membuat tuduhan tidak berasas secara berulang-ulang di Parlimen dan sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS).

Ini berkaitan ucapan yang dilakukan sewaktu lima kejadian di dalam Dewan dan di hadapan jawatankuasa yang mendakwa campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman dan dua kejadian yang mendakwa pemberkasan dan penahanan salah Encik Lim Poh Huat.

Parlimen telah mengesahkan dapatan dan saranan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) mengenai dakwaan itu dan memandangkan Encik Jeyaratnam bukan lagi Anggota Parlimen sewaktu itu, mereka memutuskan untuk mengenakan denda maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang ketika itu, sebelum 6 September 1986, iaitu $1,000.

Jawatankuasa mendapati bahawa dakwaan melibatkan Encik Lim Poh Huat paling tepat dengan perbincangan kes Cik Raeesah Khan sekarang.

Bagi kes yang berlaku pada 1987, Encik Jeyaratnam mendakwa Encik Lim Poh Huat diberkas dan ditahan secara salah oleh polis.

Menteri meminta Encik Jeyaratnam untuk butiran supaya hal itu boleh disiasat tetapi mendiang tidak memberi sebarang butiran.

Sembilan hari kemudian, dakwaan itu diulang dalam Parlimen dan permintaan lanjut oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri untuk butiran khusus tidak dipenuhi, sebaliknya Encik Jeyaratnam mendakwa beliau telah membuat laporan polis.

Ternyata, tidak ada penahanan sedemikian, bahkan Encik Jeyaratnam tidak membuat sebarang laporan polis.

Tuduhan tersebut mencemarkan reputasi Pasukan Polis Singapura.

Lantas, Parlimen mengenakan denda maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang pada waktu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg