Buat julung-julung kalinya, Berita Harian (BH) menyampaikan dermasiswa pendidikan kepada pelajar Melayu/Islam yang melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi, media atau pengajian Melayu, dengan kerjasama AMP Singapura.
Usaha murni ini lahir daripada penganjuran Golf Amal BH-AMP pada 22 Julai 2025 di Orchid Country Club, yang turut disokong oleh sekumpulan penggiat golf veteran di Singapura.





